Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 2, 2012

Kursus Kahwin Mahligai Firdaus


ini lah nama tempat kursus kahwin aku..sepatutnya dekat jalan TAR tp di sebabkan hal2 tertentu harus la kami berpindah ke setiawangsa..as a mention before, aku pergi dengan Dilla & syikin.kami check in dekat Hotel Starpoint, hotel location is good, nice place to stay. and highly recommended especially for ladies because its near to shopping places..hihihi
eh2 bukan nak cerita pasal hotel and tempat shopping ye..walaupon aku sempat beli beg dekat sogo sbb ada sale

ok2..ktorg pergi setiawangsa mahligai firdaus ni pon, cikgu amir (owner kursus kahwin jalan tar) yang hantar..kereta pon park dekat basement hotel..

biasa dengar kursus kahwin ni boring la..bazir masa la..blablabla la..tapi bagi aku seronok.sebab penceramah yang best + kelakar.walaupun ada la sorg yg xberapa nak kelakar..tp overall best.banyak ilmu yang dapat..kite dapat belajar tentang sebelum dan selepas kahwin..

sebelum pergi kursus kahwin, aku rasa xsabar nak kahwin, mesti best kahwin..tapi lepas pergi kursus semua ni berubah.sebab banyak benda yang tak pernah terpikir pon, kte boleh nampak dalam kursus..dari segi procedure, komunikasi, kesihatan..semua ni buat aku pikir BERSEDIA KAH AKU? banyak contoh2 yang logik la dalam isi2 penceramah hari 2..banyak bende yang perlu dikemas kini kan dalam diri ni..banyak bende yang kadang2 terkene dengan keadaan aku dan tunang aku..kan best kalau jad pon ada..at least dia boleh tau apa dan macam mana perlu di buat kalau A berlaku, kalau B lak berlaku..hurmmm ehh xpe la mungkin time dia amik dulu lain cara nye, time aku ni lain lak..so boleh share kan..sangat nak sedapkan hati


so sekarang ni adalah masa aku mempersiapkan diri kearah fasa yang lebih besar..insyaallah aku akan cuba untuk lengkapkan diri dengan ilmu2 rumah tangga bukan sebelum sahaja malah selepas kahwin..

nak tambah sikit la..kepada sesiapa yang akan mengikuti kursus kahwin nanti, tolong lah bersikap MATANG dan hormat lah dengan peserta yang lain lagi2 hormat lah penceramah kat depan..jangan la bawak sikap kurang ajar dan sikap zaman2 sekolah dulu jawab keluar tajuk, mengulas balik dekat belakang, borak pasal pasangan dekat belakang, tidur sampai berdengkur tolong ye! ktorg ni datang nak tuntut ilmu, kalau nak borak sila daftar communication class xpon sila daftar dekat kedai mamak yg berhampiran..veryyyy mengaggu tau

ok pada sesiapa yg berminat leh lah daftar kat http://www.kursusperkahwinan.net/blog/ ni area setiawangsa..best xtipu ok..heheeh selamat berkursus.



No comments: