plan asal memang nak DIY semua hantaran sendiri. da siap beli barang semua da tinggal buat saja..tetapi apabila kemalasan menyerang tiba-tiba. aku hanya DIY bantal hantaran, bantal cincin je hihihi yang lain aku jadi pembantu sahaja.
Monday, February 4, 2013
Review : Hantaran untuk Perempuan
hantaran untuk Pn Isteri
mas kahwin RM300
cincin + gelang
Al-Quran + telekung + sejadah
red valvet cupcake
pastries
perfume Nina Ricci
popcorn Garrett
Charles & Keith handbag + wallet
Skin Food set
Review : Hantaran untuk Lelaki
ok ni hantaran aku bagi dekat En Suami
butter cake from mybff zarith
sepasang jam
pastel roses cuppacakes by wondermilk
kemeja + jeans
Al-Quran + tasbih + kain
sejadah
wallet + belt
perfume Black XS by Paco Rabanne
Review : Pelamin ( Nikah + Sanding )
sumber Google
cantik kan? ni bukan pelamin aku pon. cuma idea pelamin aku berdasarkan pelamin diatas. setelah berbincang dengan Kak Ieena, dia kata dia boleh buat tapi tak la exactly macam picture ni.
aku pon ok je janji ikut warna white + pink + grey.
ni la pelamin yang telah siap
Nikah
Sanding
again thanks to Kak Ieena yang datang pukul 3 pagi untuk pasang pelamin.
service Butik Perkahwinan D'azzuieena Bridal memang terbaik..
HIGHLY RECOMMENDED!!
Makeup : Butik Perkahwinan D'azzuieena Bridal
Danau Kota Setapak
No Tel : 017-2071238 / 016-6426108
Review : Make up ( Nikah + Sanding )
untuk make up ni aku ambil sekali dengan
pakej pelamin. sepatut nya pakej ni hanya 1 make up, sepasang baju sanding ,
pelamin, HB & aksesori. tapi disebabkan plan pertama nak buat baju sendiri
so kami tolak baju sanding dan digantikan dengan make up lagi. kiranya untuk
pakej ni aku amik 2x make up, pelamin dan aksesori sahaja.
yang makeup kan aku kak mira. seawal 6 pagi kak mira da sampai rumah. hohoho dan pengantin baru terpisat2 bangun. pukul 7 kal mira da terpacak depan pintu bilik dan pengantin baru terhegeh2 nak mandi hihii sorry kak mira comel. kak mira kata takut sesat and lewat sampai sebab dia xpernah datang sini tu yg awal gile dia sampai..oooooic
Kak Mira ni dari Butik Perkahwinan D'azzuieena Bridal. so dia ditugaskan untuk makeupkan aku yg xcantik ni uhukkk tengok la perbezaan nye kan..
Kak Mira hanya amik masa satu jam sahaja untuk makeup nikah dan satu jam untuk makeup sanding. aku siap leh makan2 sarapan 2 pinggan bihun + lunch sepinggan nasi beriyani tatkala menunggu suami sampai hihihi.. kak mira siap ckp dia xpernah tengok pengantin yang ada selera makan time tunggu nak nikah. erkkk
so far aku suka makeup nikah simple and tidak terlalu heavy, untuk sanding suka jugak tapi agak garang sikit kat mata aku rasa. but overall MEMANG PUAS HATI dengan service kak mira. family pon puji, tetamu pon puji..suami pon puji hihi. again thanks to Kak Ieena sebab hantar kak mira yang sangat pandai makeup yeayy suka!!!
Makeup : Butik Perkahwinan D'azzuieena Bridal
Danau Kota Setapak
No Tel : 017-2071238 / 016-6426108
Wednesday, January 23, 2013
Review : Baju Sanding - Final
ye ni yg final bab baju sanding..hihi
harga baju ni ok la untuk pengantin yang last minit macam aku ni kan. dan berbaloi la sebab sangat cantik!! hihihi.. tambah dengan veil dia yang sarat dan super cantik tu..memang berbaloi-baloi!!!
untuk tudung sanding aku pakai selendang lama adik je yang memang selalu aku pinjam hahaha..da save bajet kat selendang. lagipun pakai kat dalam lepas tu pakai veil kan.
hand bouquet ni aku nak combination pink rose + white cala lily..pink tu nak yg striking. tp mungkin pink xada so Intan bagi warna ni kot..tapi xpa la janji cantik!
harga baju ni ok la untuk pengantin yang last minit macam aku ni kan. dan berbaloi la sebab sangat cantik!! hihihi.. tambah dengan veil dia yang sarat dan super cantik tu..memang berbaloi-baloi!!!
untuk tudung sanding aku pakai selendang lama adik je yang memang selalu aku pinjam hahaha..da save bajet kat selendang. lagipun pakai kat dalam lepas tu pakai veil kan.
hand bouquet ni aku nak combination pink rose + white cala lily..pink tu nak yg striking. tp mungkin pink xada so Intan bagi warna ni kot..tapi xpa la janji cantik!
Danau Kota Setapak
No Tel : 017-2071238 / 016-6426108
Hand Bouquet : Happily Ever After
Ampang Selangor
Review : Baju Sanding - Part 2
sambung entry semalam..
keesokan hari (10/11/12) , pagi2 lagi da pergi Butik Perkahwinan D'azzuieena Bridal dekat Danau kota. sebelum tu malam2 dalam pukul 1pagi mesej dengan kak iena (owner butik) mengadu nasib baju sanding buruk tu. nasib kak iena memahami dan suruh datang butik esok pilih baju.
sampai butik kak iena xde, yang ada Sue..dia ni pembantu butik ni. sue ni baik, dari awal datang booking pakej memang dgn sue. sampai2 sue pon marah2 pasal baju sanding buruk tu. katanya kak iena da cerita semua. panjang gak la sue ni bebel hihihi
ye la nama pon last minit kan so tak banyak choice la baju pink yg super cantik..walaupon kat butik tu semua cantik! eh tapi serius memang butik ni baju dia semua cantik2. so aku pilih 3 untuk try. and decide amik yang putih detailing purple. ok la sebab pink xada kan.
semua baju pin belakang ye
pendek kan cerita, aku datang balik 20/11/12 mungkin rezeki aku ada 1 baju baru kaler pink fuchsia. cantik!! aku pon try and memang suka sangat sebab design & cutting dia macam yang aku nak.
tapi...Jad cakap terang sangat la..hurmm so try la baju lain warna putih yg sangat2 cantik.. dan aku jadi pening nak pilih yang mana..bayangkan lagi 10 hari lagi aku xada baju sanding?? so aku decide pilih warna putih tapi Jad xtau yang mana aku pilih.saje nak buat surprise..hihi..so lepas amik ukuran semua balik.
1st and last fitting 28/11/2012..masa pakai baju ni tetiba xmuat..hooohh? gila masuk kain xmuat, masuk tangan xmuat, pinggang pon xmuat. so outer lagi dari pukul 10 sampai pukul 5ptg aku kat butik. siap kene bebel dengan Sue sebab badan naik..hihihi..risau gila ok.
siap semua ambil baju, aksesori , bunga tanga..so pergi beli kasut kahwin..nasib banyak kedai kasut dekat KL Festival tu kan..so ini la kasut kahwin yang ke 3..hihii..yang lagi dua warna pink.
penat la tulis..sambung nanti yea hihi
Tuesday, January 22, 2013
Review : Baju Sanding - Part 1
bila ingat baju sanding mesti jadi sedih. bayangkan cost kain sahaja RM500++. beli kain pon sebab da tanya pendapat beberapa tailor selepas aku tunjuk design yang aku nak.
May 2012
hantar kain dekat tailor pertama area hulu langat. agak cantik baju2 dekat kedai makcik tu. so decide nak guna khidmat makcik tu. upah dia pon agak murah dress sekali lining RM 100 je.
June 2012
call makcik tu followup baju. saja nak tanja progress. tapi makcik tu bagi tau die nak siap kan untuk hari raya dulu. ok la..
July 2012
awal puasa call lagi, makcik tu cakap dia da nak potong..suka.. da dekat nak abis puasa lak, call tanya die progress baju. dia cakap dia tak potong lagi sebab demam dia kata seminggu lepas raya baru dia potong sebab nak balik kampung..huhu ok fine..
Aug 2012
2 minggu hari raya, call tanya progress dia cakap tak buat apa2 lagi..so pergi kedai dia teros ambil baju dgn alasan nak tukar kain. makcik tu dengan muka xbersalah cakap xpela ambil je huhuhu..geram.
Sept 2012
selepas beberapa org recommend tempat ni, aku pon pergi Butik Nur area Kg Malaysia Sg Besi tu tempah sekali bg design semua la. kakak ni pon confident boleh jahit.banyak kali gak aku tanya.dia kate dia design BOLEH. dan aku tanya material kain ni ok x, dia kata material OK, aku tanya cukup tak dia kata LEBIH dari cukup.
Oct 2012
call butik tanya progress dia kata belom potong.positif ella..then aku call last week Oct dia kata br nak potong..ha?? ok aku berpositif lagi.dia kata dia akan call untuk fitting, so jangan call..??ok positif ella..
30hb 10, dia call fitting and boleh ambil baju bertandang just simple baju kurung riau je.so happy la 1 baju da siap.tp yg lagi 2?br potong ye..
Nov 2012 (sebulan je sebelum majlis)
1st week jumaat dia call fitting (cepat kan dia jahit) aku pon pergi dgn perasaan positif la.bila sampai baju nikah ok la cuma dress dalam terlalu besar, outer lagi.bj sanding?? belom potong yeeee...
2nd week jumaat ( 9hb) aku fitting lagi..kali ni pergi dgn Jad..patut pukul 2ptg tp tangguh sampai kul 830mlm. bila sampai aku tgk dorg tgh sibok jahit manik dekat baju pink..baju aku?ye baju aku. tadi call kata da siap tapi baru jahit manik? baru fikir nak susun manik kat mana.. memang kecewa tapi nasib Jad ada suruh aku bertenang. bila fitting...Allah je yang tahu.. memang down gila and aku nanges. tapi kakak tu cakap ni belom final lagi. total baju sanding buruk tu RM620!!
wehhh ingat aku bodoh? huhuhu Jad memang da pegang aku la suh sabar..so aku istighfar banyak supaya aku sabar. cepat je aku ajak Jad balik.mmg xpandang kakak tu.dia kata baju nikah amik next week skali dgn baju sanding ni. aku cakap nak amik baju nikah esok.dia macam xbagi tapi aku berkeras nak esok dan kakak tu kate ok.
menangis je aku sepanjang jalan nak balik. Jad pon xleh nak buat pape da.. dia kate esok kita pegi butik pelamin sewa baju kat sana ye, xpayah amik baju tu. ok...T_T
lepas kejadian yang macam hape tah tu, aku pon setuju xambik baju ni. yang sakit hati nya kakak butik tu xkesah pon aku xamik, mesej pon tidak apa tah lagi ucapan maaf kan. xpe la itu urusan akak dengan Allah je ok..
Review : Baju Nikah
WARNA : tema baju nikah kami baby peach..promoter Jakel bagitau ni baby pink sbb dia dengar la ktorg gaduh nak pink gak kan. aku pon beli je la. tapi bila da balik rumah langsung xnampak pink huhuhu. so aku rasa ni baby peach kot..sebab kadang2 macam peach, kadang2 macam pink..entah la xreti la nama2 warna ni..
JENIS : lace + satin + chiffon. mula2 time beli kain tuk hantaran tunang just beli lace + satin je..tapi bila terjatuh hati melihat design baji adira time konsert mania teros decide tambah kain chiffon. ni mmg da final la nk design tu. ^_^
DESIGN : ala2 baju Adira AF..mmg suka sangat! nasib la jadik kakak (yg telah merosakkan baju sanding idaman aku) tu jahit jadi..kalau tak mmg aku nak saman huhhhh..tempah baju = RM160. mula2 mmg suruh kakak tu jahit manik sekali, memandangkan kes baju sanding rosak teros aku xnak. then anta jahit manik dekat budak ofis yg sangat murah RM100 je.. tapi cantik gila! da la lagi 3 minggu majlis br santa jahit manik tapi Shakila buat sangat cantik!!
sila abaikan bontot kucing + keselerakan bilik itu
TUDUNG : tudung ni lepas siap semua baju baru pikir nak pakai tudung mcm mana. aku ni mmg xsuka pakai tunung awning. so decide pakai shawl je. beli 1meter = RM7.80 kain jojet, gunting ikut saiz shawl biasa pegi hantar jahit tepi = RM5. siap!!
VEIL : veil ni lagi 2minggu nak majlis baru buat. sebab mula2 xrasa nak pakai veil. tapi atas desakan family kata kosong sangat kat kepala aku pon rajin kan diri DIY sendiri veil. beli 1meter = RM9 kain chiffon , pace lace 1/2 meter = RM 9x.xx (mahal nak mampus O_O) , manik sepeket = RM2.30, jahit tepi = RM5..siap!!
KASUT : XADA! hihi
HAND BOUQUET : DYI lagi..lagi pon ade lebihan kain felt dulu2 yang mmg xtau nak guna buat apa teros datang idea nak buat sendiri.. beli dawai, pearl, span & kain apa tah nama nya tuk pemegang. siap!!
Subscribe to:
Posts (Atom)